Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengiraan Detik Pelancaran Olimpik Tokyo 2020 Bermula - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengiraan Detik Pelancaran Olimpik Tokyo 2020 Bermula


TOKYO – Menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, Jepun menganjurkan acara pengiraan detik pelancaran penganjuran temasya sukan dunia itu, di ibu pejabat kerajaan metropolitan di Shinjuku Ward pada Isnin, lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

Acara turut dimeriahkan dengan tayangan ciri-ciri menarik sukan itu dan bandar Tokyo menerusi imej tiga dimensi.

Hadir sama pada majlis itu, Gabenor Tokyo Yuriko Koike dan Menteri yang bertanggunggjawab untuk penganjuran sukan antarabangsa Tamayo Marukawa.

Menurut Koike, penganjuran temasya sukan antarabangsa berkenaan dilihat dapat menyokong pemulihan semula kawasan yang mengalami kerosakan akibat gempa bumi dan tsunami pada Mac 2011.

“Diharapkan kawasan pernah dilanda bencana kembali ceria dengan kunjungan serta sorakkan penonton selain menjadikan Olimpik dan Paralimpik acara untuk semua,” kata Marukawa.

Acara sama turut diadakan wilayah lain yang akan menjadi tuan rumah beberapa acara seperti Hokkaido, Fukushima, Saitama dan Chiba. -BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tyoIem

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.