Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penjawat Awam Sarawak Terlibat Rasuah Rendah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penjawat Awam Sarawak Terlibat Rasuah Rendah



KUCHING: Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata situasi rasuah membabitkan penjawat awam negeri ini adalah rendah.

Memetik laporan Utusan Borneo, beliau menyeru orang ramai terus memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi gejala rasuah daripada berleluasa.

“SPRM telah melakukan tugas dengan baik dan kalau mereka diberi sokongan, mereka akan berjaya dan tahap (rasuah) juga akan menurun,” katanya.

Selain itu, beliau turut memuji amalan pertukaran pegawai kanan atau ketua jabatan khususnya membabitkan agensi penguatkuasaan kerajaan persekutuan di negeri ini.

Jelasnya ia merupakan langkah yang baik untuk mengelak mereka daripada terlibat dalam rasuah.

“Apabila terlalu lama memegang jawatan, sudah pasti mereka akan terdedah kepada rasuah.

“Sebab itu, perubahan perlu dilakukan ke atas pegawai kanan atau ketua jabatan agar tidak melakukan rasuah,” katanya. – Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eJEMri

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.