Hi! Welcome Back and Stay Tune! Projector Band Bakal Tukar Vokalis Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Projector Band Bakal Tukar Vokalis Baru


Vokalis kumpulan Projector Band yang dinyanyikan oleh Iskandar Dzulqarnain bakal digantikan dengan pemain gitar utamanya, Razif.

Razif berkata dia bakal mengambil tempat vokalis untuk beberapa lagu lain selepas ini kerana tidak mahu membebankan Iskandar sahaja yang sebelum ini hampir hilang suara ketika memenuhi undangan nyanyian dalam satu masa.

"Tahun lalu, ketika kami memenuhi banyak undangan nyanyian, Iskandar telah mengalami sedikit kerosakan pada kotak suara.

"Mana tidaknya, lagu Sudah Ku Tahu itu ada bahagian yang dia perlu menjerit dan disebabkan itu tekak Iskandar sakit apabila terlalu banyak menyanyikannya.

"Jadi kami berfikir untuk tidak mahu membebankan Iskandar, pihak pengurusan pun meminta saya untuk menyanyi juga selepas ini.

"Saya memang menyanyi dan mencipta lagu sebelum ini, malah penyanyi asal lagu Aisyah itu adalah saya. Jadi saya tiada masalah untuk menggantikannya," katanya kepada Astro Gempak.

Projector Band ditemui ketika mengadakan persembahan di Majlis Rumah Terbuka UiTM Holdings di Intekma Resort, Khamis lalu.

Bercerita mengenai undangan nyanyian pada Syawal lalu, Razif memberitahu Projector Band banyak membuat persembahan di rumah terbuka.

"Alhamdulilah Raya ni kami banyak menerima undangan nyanyian dan show masih berjalan seperti biasa.

"Pun begitu kami sempat bercuti dan beraya di kampung masing-masing selama dua minggu sebelum kembali bekerja," katanya lagi.

Mengenai perkembangan lain Projector Band sedang merakamkan single terbaharu mereka yang dijangka dikeluarkan pada awal tahun hadapan.-Astro Gempak


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uUpwOi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.