Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pukul isteri enggan puaskan nafsu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pukul isteri enggan puaskan nafsu

Pukul isteri enggan puaskan nafsu|Seorang tukang emas mengaku tidak salah di mahkamah majistret, di sini hari ini, atas dakwaan memukul isteri yang enggan memuaskan nafsunya.

Dakwaan terhadap tertuduh yang berusia 49 tahun itu dibuat di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad.

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 44 tahun di sebuah rumah di Taman Impiana, Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 7 pagi, 22 Julai lalu.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, tertuduh mengaku salah sebaik pertuduhan selesai dibacakan, namun dia kemudian menukar pengakuan selepas mendengar peruntukkan hukuman penjara mandatori yang diperuntukkan seksyen tersebut.

Sebelum ini, pembantu pra sekolah terbabit membuat laporan polis selepas mendakwa suaminya memukul hingga menyebabkan mangsa mengalami lebam pada pipi dan tangan kiri bengkak selain sakit seluruh tubuh.

Pertengkaran antara mereka berlaku berikutan ibu dua anak berkenaan menolak ajakan suaminya untuk bersama kerana datang bulan.

Pasangan terbabit sudah berkahwin selama 19 tahun dan dikurniakan dua anak, namun pernah dua kali bercerai kerana punca yang sama.

The post Pukul isteri enggan puaskan nafsu appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uHIdT8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.