Senarai Palsu Lokasi Anjing Gila, JPBN Lapor Polis
Satu laporan polis dibuat berikutan senarai wabak anjing gila di Sarawak “ditambah-tambah.”
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hanya menyenaraikan 20 bukannya 26 lokasi, lapor Berita Harian.
Pegawai sekretariat JPBM berkata polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta mengambil tindakan terhadap penyebar itu.
Mejar Ismail Mahedin berkata hanya 20 kampung di Serian, Tebedu, Sri Aman dan Kuching disahkan dijangkiti wabak tersebut.
“Kita berharap orang ramai tidak panik dengan maklumat di laman sosial dan dapatkan maklumat sahih menerusi laporan akhbar sama ada cetak atau online dan juga menerusi radio atau televisyen kerana maklumat itu disahkan oleh JPBN,” katanya.
Pertambahan enam kawasan menular menerusi Whatsapp dan Facebook sejak Ahad.
Aduan di balai polis Tebedu, Serian pada jam 1.30 petang semalam.
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2urVRvg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment