Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tabik Shahrul berani di jalanan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tabik Shahrul berani di jalanan

Baru-baru ini Cik Pang sempat menonton dokumentari khas mengenai gelandangan yang dilakukan satu produksi indie.

Menariknya, dokumentari itu menampilkan Shahrul Shiro sebagai artis jemputan. Dalam dokumentari yang berdurasi kira-kira

10 minit dan disiarkan menerusi laman sosial sahaja, Shahrul menyamar sebagai gelandangan.

Apa yang membuatkan Cik Pang tertarik ialah kejujuran dan keikhlasan ditunjukkan pelawak itu untuk menyantuni golongan itu dan pada masa sama, merasai sendiri hidup sebagai gelandangan.

Maksudnya, Shahrul tidak saja bergaul dengan orang gelandangan, dia juga terpaksa mengharapkan belas ihsan orang ramai untuk makan dan tidur di kaki lima.

Malah, dalam satu rakaman yang dibuat melalui kamera tersembunyi, dia diganggu beberapa samseng yang mendakwa dia melanggar kawasan jagaan mereka.

Jujurnya, jarang sekali Cik Pang tengok artis tempatan yang sanggup melakukan perkara sebegitu. Andai adapun, sekadar melakukan aktiviti memberi sumbangan berbentuk pakaian dan makanan.

Ini membuatkan Cik Pang lebih respek pada Shahrul Shiro. Tidak dinafikan, Shahrul antara pelawak terbaik dalam industri, cuma namanya tidak segah pelawak lain.

Mungkin kerana dia seorang anak seni yang suka merendah diri dan jarang terkena tempias gosip.

Apa sekalipun, Cik Pang nak ambil kesempatan ini mendoakan agar Shahrul terus maju jaya dalam kerjayanya dan teruskan berkarya untuk masyarakat.

The post Tabik Shahrul berani di jalanan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tz06VE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.