Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tentera Amerika Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Sokong Daesh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tentera Amerika Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Sokong Daesh



LOS ANGELES -- Seorang anggota tentera darat Amerika Syarikat mengaku tidak bersalah di sebuah mahkamah persekutuan atas tuduhan menyokong kumpulan pengganas Daesh, lapor agensi berita Xinhua.

Sarjan Ikaika Erik Kang ditahan pada 8 Julai lepas, didakwa cuba memberikan sokongan berbentuk material dan latihan kepada anggota Daesh.

Tertuduh bertugas sebagai pengawal trafik udara tentera Divisyen Infantri ke-25, berpangkalan di Schofield Barracks di Honolulu, Hawai.

Menurut laporan Hawaii News Now, Kang berdepan empat pertuduhan dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Dokumen siasatan FBI mengatakan tertuduh dikatakan turut mahu bertindak menggunakan senapang dan membunuh "sekumpulan orang."

Peguam mewakili Kang berkata, tertuduh berada di dalam keadaan tertekan dan menderita gangguan emosi akibat trauma selepas ditugaskan beberapa kali ke zon peperangan.

Kang sebelum ini, pernah bertugas di Iraq pada 2010 dan berkhidmat di Afghanistan pada 2014.-- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uS1Om8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.