Xiaomi Akan Melancarkan Power Bank Yang Berubah Menjadi Optimus Prime
Tahun lalu Xiaomi menghasilkan sebuah Mi Pad 2 yang boleh berubah menjadi robot. Ia antara produk paling aneh dihasilkan mereka. Permainan ini walaubagaimanapun tidak boleh berfungsi sebagai tablet sebenar. Kini mereka bakal melancarkan sebuah power bank yang boleh berubah menjadi Optimus Prime dari siri Transformers.
Imej kotak dan power bank ini tertiris ke arena web. Dari apa yang dapat dilihat, produk ini mendapat persetujuan dari pihak Hasbro. Tidak seperti robot Mi Pad, power bank ini masih boleh berfungsi sebagai bateri kecemasan dengan kapasiti 6500 mAh.
Transformers : The Last Knight ditayangkan di China sejak Jun lalu dan mendapat sambutan yang hangat. Terdapat kemungkinan power bank Transformers ini mensasarkan peminat di China. Tiada maklumat bilakah ia akan mula dijual buat masa ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vDxF7V
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment