Hi! Welcome Back and Stay Tune! BERSATU: ADA ADUN UMNO AKAN LOMPAT PARTI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BERSATU: ADA ADUN UMNO AKAN LOMPAT PARTI

Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno di Johor dikatakan akan melompat parti ke serpihannya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Perkara itu didakwa susulan tidak puas hati dengan kepimpinan BN negeri apabila dia dikatakan tidak akan dicalonkan semula untuk bertanding dalam pilihan raya.

Rundingan ke arah penghijrahan itu juga dikatakan sedang giat dijalankan, yang antaranya melibatkan ketua bahagian BERSATU Batu Pahat Dr Mohd Zaid Mohd Yusof.

“Ada tanda-tanda beliau berminat mahu sertai BERSATU atas alasan tertekan ekoran ada pihak cuba keluarkan beliau dari jawatan yang disandang beliau kini,” kata Mohd Zaid kepada Malaysiakini.

Zaid berkata beliau sudah dua kali mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat tersebut pada awal bulan ini.

Pertemuan dikatakan berlangsung di Bukit Perdana, Batu Pahat sepanjang minggu lalu.

Bagaimanapun, masih belum jelas bila tindakan itu akan dibuat kerana masih belum ada kata putus setakat ini.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi wakil rakyat itu dan kepimpinan Umno Johor berkaitan perkara itu.

Jika langkah itu diambil, wakil rakyat itu akan menjadi ADUN kedua Umno yang berpaling tadah kepada BERSATU di Johor.

Oktober tahun lalu, ADUN Jorak Datuk Shahruddin Md Salleh telah meninggalkan BN sebelum dilantik sebagai setiausaha agung BERSATU.

Pembangkang kini mempunyai 19 daripada 56 kerusi dalam dewan negeri.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wNeQhY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.