Hi! Welcome Back and Stay Tune! Minyak Mentah Jatuh Dengan Risiko Penawaran Dan Geopolitik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Minyak Mentah Jatuh Dengan Risiko Penawaran Dan Geopolitik

Harga minyak mentah dunia jatuh pada Jumaat, meneruskan kejatuhan Khamis disebabkan sentimen lebihan-penawaran yang terus mengheret pasaran ini walaupun dengan laporan data pengurangan inventori yang lebih daripada jangkaan.

Para pelabur juga terus memerhatikan ketegangan geopolitik antara US-Korea Utara.

Harga Brent-oil pada Khamis jatuh sehingga hampir $2 dan ketika ini didagang di sekitar $51.57 setong. Manakala minyak WTI (West Texas Intermediate) ketika ini didagang di sekitar $48.41 jatuh dari paras tertinggi Khamis di $50.31 setong.

“Harga minyak mentah gagal mengekalkan kenaikan sebelum ini dengan pasaran ketika ini masih berhati-hati dan meragui kejatuhan inventori baru-baru ini,” kata Bank ANZ.

“Isu sebelah penawaran juga masih memberi kesan kepada harga dengan data menunjukkan pengeluaran di Libya melonjak pada Julai.”

Ketika ini, Presiden Trump terlibat dengan peperangan retorik dengan Korea Utara dengan masing-masing saling mengancam dengan serangan. Pasaran ketika ini melihat Korea Utara adalah ancaman besar kepada pasaran, dengan laporan kemampuan mereka membina peluru berpandu nuklear.

“Saya rasa apa yang sedang mengganggu pasaran ketika ini adalah sentimen berisiko antara Washington dan Pyongyang,” kata Michael MacCarthy, ketua strategi pasaran di CMC Markets.

The post Minyak Mentah Jatuh Dengan Risiko Penawaran Dan Geopolitik appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uMRk3u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.