Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasaran Saham Global Meleset Bermula di Wallstreet Sehingga ke Asia dan Eropah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasaran Saham Global Meleset Bermula di Wallstreet Sehingga ke Asia dan Eropah

Presiden Trump telah mengeluarkan amaran terbaru terhadap rejim Korea Utara di mana beliau berkata, “Pyongyang sepatutnya sangat, sangat nervous” jika mahu membuat sebarang tindakan provokasi kepada Amerika. Beliau berkata demikian dalam konferens di White House pada Khamis.

Berikutan daripada ketegangan yang semakin memuncak ini, Wallstreet merekod kejatuhan terbanyak sejak Mei dengan Dow Jones jatuh 0.93% di mana Goldman Sach antara kaunter paling banyak merekod kerugian.

S&P 500 pula jatuh sehingga 1.45% dengan sektor teknologi maklumat dan kewangan merekod kejatuhan tertinggi. Nasdaq pula jatuh sehingga 2.13% dengan Apple, Alphabet, Amazon dan Netflix kesemuanya didagang lebih rendah.

Laporan Reuters juga menunjukkan, satu berita daripada China yang mahu China kekal neutral jika Korea Utara membuat serangan terlebih dahulu kepada wilayah Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan pasaran saham Asia, Nikkei ditutup hari ini sempena cuti umum.

Kini pasaran Asia Pasifik majoritinya didagang lebih rendah dengan catatan kejatuhan agak besar melebih daripada satu peratus merentas indeks saham di Asia.

Hang Seng setakat pukul 3.51 petang jatuh 1.89%.

Shanghai Komposit jatuh 1.59%.

ASX200 di Australia jatuh 1.18%.

IDX komposit di Indonesia jatuh 1.12%

Indeks KLCI di Malaysia jatuh 0.47% setakat pukul 3.53 petang.

Indeks Strait Times di Singapura jatuh 1.09%.

The post Pasaran Saham Global Meleset Bermula di Wallstreet Sehingga ke Asia dan Eropah appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vKRDAn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.