Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pencuci Jenama Daia Tiruan Dirampas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pencuci Jenama Daia Tiruan Dirampas


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah rampas 3,145 sabun pencuci jenama Daia tiruan bernilai RM14,125 di beberapa pasar raya di sekitar Kota Kinabalu, Putatan dan Keningau, semalam.

Rampasan dilakukan selepas penguat kuasa melaksanakan serbuan serentak di lokasi berkenaan bermula kira-kira 1.30 tengah hari.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Sabah, Yahya Sujak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penjualan produk tiruan itu daripada ibu pejabat syarikat pengeluaran sabun pencuci terbabit.

"Rampasan membabitkan pelbagai jenis sabun pencuci Daia seberat 850 gram.

"Penjualan produk tiruan ini mula disedari apabila ramai pengguna membuat aduan kepada syarikat pengeluar yang mengatakan sabun itu tidak mengeluarkan bau harum ketika digunakan.

"Berdasarkan laporan, pihak syarikat melakukan pemantauan sebelum memaklumkan kes kepada KPDNKK Sabah bagi tindakan lanjut," katanya ketika sidang media, hari ini.

Yahya berkata, pihak akan melaksanakan siasat lanjut terhadap pasar raya dan pembekal selain serbuan berterusan bagi merampas semua sabun tiruan jenama berkenaan di seluruh negeri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (2) (B) Perihal Dagangan 2011," katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vsubVZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.