Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Berkas Penjawat Awam Disyaki Jadi 'Runner' Dadah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Berkas Penjawat Awam Disyaki Jadi 'Runner' Dadah



Polis menahan seorang penjawat awam yang disyaki menjadi 'runner' atau pengantara yang menghantar dadah bagi pasaran tempatan di sini berjaya ditahan berhampiran sebuah bank di bandar ini semalam. 

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis pada pukul 1.15 pagi. Menurutnya, penahanan suspek yang bekerja dengan sebuah jabatan kerajaan di Kuching itu dilakukan susulan tangkapan lima lelaki berusia antara 18 hingga 35 tahun yang ditahan pada Rabu lalu.

"Ketika ditahan, polis telah merampas dadah disyaki jenis syabu seberat 2.5 gram dan dianggarkan bernilai RM650.

"Siasatan awal mendapati suspek telah bertindak sebagai 'runner' menghantar dadah kira-kira lima bulan lalu. Tidak cukup dengan itu, suspek turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian di sini hari ini.

Aswandy menambah, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan. "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hQDpIe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.