Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Buru Bapa Gantung Bayi Di Atas Bangunan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Buru Bapa Gantung Bayi Di Atas Bangunan



Polis memburu seorang bapa yang merakam aksi yang membahayakan nyawa anaknya semata-mata mahu popular di media sosial. Lelaki yang dikenali sebagai Roman R, memuat naik gambar bayinya yang dihulur ke luar tingkap kereta yang dipandu laju. 

Dalam satu lagi gambar, lelaki itu berdiri di atas bumbung sebuah bangunan sambil memegang sebelah kaki bayinya yang tergantung dalam keadaan terbalik. Aksi bahaya itu bukan sahaja menjadikan lelaki itu popular di media sosial malah dia kini diburu pihak berkuasa kerana membahayakan nyawa anaknya.

Akhbar The Siberian Times melaporkan, lelaki itu dipercayai tinggal di Zelenogorsk di Siberia dan anaknya itu berusia kurang setahun. Polis memberitahu, pihak berkuasa sedang menjejaki lelaki berkenaan selepas menerima banyak aduan daripada pengguna Internet.

“Kami mahu menangkap lelaki itu kerana tindakannya itu membahayakan nyawa anaknya,” kata jurucakap polis.

Lelaki itu yang sering memuat naik gambarnya melakukan pelbagai aksi bahaya juga dikecam pengguna media sosial yang menganggapnya sebagai sakit dan gila. “Seorang bapa harus melindungi anaknya bukannya meletakkan bayi itu dalam situasi yang sangat bahaya,” kata seorang pengguna media sosial.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vTZ1Kl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.