Polis Serbu Ladang Ayam Guna Racun Perosak
AMSTERDAM: Polis Belanda dan Belgium membuat beberapa serbuan semalam, sebahagian daripada siasatan terhadap penggunaan racun perosak berbahaya di industri ternakan, kata pendakwa raya Belanda.
Jutaan telur ayam ditarik balik dari pasar raya di Eropah kerana dibimbangi tercemar dengan penggunaan racun serangga fipronil manakala puluhan ribu ayam mungkin dimusnahkan di Belanda.
Jurucakap pendakwa raya, Marieke van der Molen berkata, serbuan dilakukan di beberapa lokasi di kedua-dua negara yang berkait dengan syarikat yang didakwa menggunakan racun itu serta pembekal.
Sementara itu, kira-kira 700,000 telur ayam yang dikaitkan dengan skandal itu sudah diedarkan di Britain sebagai makanan diproses, kata pihak berkuasa semalam yang mendakwa risiko kepada kesihatan awam adalah rendah.
“Kemungkinan jumlah telur yang masuk ke Britain hampir 700,000 berbanding 21,000 yang dipercayai diimport.
“Bagaimanapun, ia hanya mewakili 0.007 peratus telur yang digunakan di Britain setiap tahun.
“Kemungkinan tiada langsung sebarang risiko kepada kesihatan awam dengan memakan makanan ini,” kata Agensi Standard Makanan, sebuah agensi kerajaan.
Tambahnya, telur itu dijual untuk membuat makanan diproses seperti sandwic dan salad, dengan sebahagiannya sudah dimakan dan sebahagiannya ditarik balik dari pasaran.-Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vUAgwG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment