Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tahniah! Nenek Berusia 90 Tahun Ini Akhirnya Berjaya Memiliki Segulung Ijazah.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tahniah! Nenek Berusia 90 Tahun Ini Akhirnya Berjaya Memiliki Segulung Ijazah..


Nenek dari Thailand ini telah membuktikan bahawa usianya yang mencapai 91 tahun bukan penghalang dalam usaha menuntut ilmu, sekali gus berjaya memperoleh segulung ijazah.

Kimlan Jinakul telah lama teringin untuk belajar di universiti, sejak usia mudanya lagi tetapi tidak pernah mendapat kesempatan.

Bercakap kepada BBC di Bangkok, katanya peluang keemasan itu akhirnya tiba ketika melihat anak-anaknya membesar dan menamatkan pengajian mereka.


Jinakul yang berasal dari daerah Lampang, utara Thailand itu, merupakan seorang pelajar yang cekap dan pernah menuntut di salah sebuah sekolah terbaik di kawasan kediamannya.

Namun, apabila keluarganya berpindah ke Bangkok, dia berkahwin dan melupakan impiannya untuk melanjutkan pelajaran.

Jinakul menggalakkan anak-anaknya menuntut ilmu dan hasilnya, empat dari lima anaknya memperoleh ijazah sarjana.


Salah seorang dari anaknya juga mengikuti pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di Amerika Syarikat.

Melihat kejayaan mereka, Jinakul berazam untuk belajar dan mengikuti program ijazah sarjana muda di Universiti Terbuka Sukhothai Thammathirat pada usia 72 tahun.

Namun, dia terpaksa menangguhkan pelajarannya kerana kematian salah seorang anak perempuannya.

“Selepas bangkit dari kesedihan, saya berazam untuk menamatkan pengajian,” kata Jinakul.


Dia kembali ke universiti pada usia 85 tahun untuk mendapatkan ijazah ekologi manusia demi mengajar dirinya menempuh kehidupan yang bahagia dan bermakna.

“Saya harap roh anak saya gembira melihat kejayaan ini. Minda saya sentiasa bekerja dan bersedia untuk belajar," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uLrDjR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.