TPM dakwa KR1M kaut untung besar: “Siapa buat untung KR1M rugi besar ada lah” – Mydin
KUALA LUMPUR, 31 Julai — Rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak membuat untung besar, tidak seperti dakwaan timbalan perdana menteri.
Pasar raya popular Mydin, yang menjalan inisiatif kerajaan itu, berkata perniagaan tersebut “tanggungjawab sosial korporat yang rugi besar”.
Dalam kenyataannya kepada Malay Mail Online, pengarah urusan Datuk Ameer Ali Mydin berkata Mydin menjayakan KR1M demi manfaat rakyat.
“Mereka yang kenal saya, akan tahu apa Mydin harus tanggung demi menjalankan proses tanggungjawab sosial korporat ini,” katanya.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata beliau dimaklumkan KR1M menjual barangan lebih mahal daripada harga pasaran demi mengaut untung besar.
Beliau menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menamatkan segera operator KR1M yang berbuat demikian.
Tambahnya, barangan di situ harus dijual murah kerana kerajaan menyediakan dana untuk memastikan ia mampu dibeli orang ramai.
Sumber: Malay Mail
Sumber TPM dakwa KR1M kaut untung besar: “Siapa buat untung KR1M rugi besar ada lah” – Mydin
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vqy6pd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment