Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahathir sahkan pemimpin BERSATU ditahan kes Felda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahathir sahkan pemimpin BERSATU ditahan kes Felda

2/8/17

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan bahawa bekas pembantu pengerusi Felda yang ditahan berkaitan dengan siasatan rasuah adalah pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Mahathir, yang juga pengerusi BERSATU, berkata parti itu akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi kepentingan individu berkenaan.
Bekas Perdana Menteri itu juga percaya bahawa individu tersebut tidak terlibat dalam sebarang amalan rasuah.

“Kita akan ambil tindakan untuk jaga kepentingan dia kerana kita tak percaya dia terlibat.
“Dia bersama dengan bekas pengerusi itu sekian lama tapi dia berhenti sebab tidak puas hati,” katanya kepada pemberita di luar Istana Negara di Kuala Lumpur petang tadi.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad mendedahkan bahawa bekas pembantu itu ditangkap berhubung pembelian sebuah hotel mewah oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.

Walaupun Dzulkifli tidak menyebut sebarang nama, adalah dipercayai bahawa orang yang ditangkap itu adalah bekas pembantu kepada Tan Isa Abdul Samad, yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi Felda pada 19 Jun lalu.
SPRM telah memperoleh perintah reman selama lima hari terhadap suspek untuk siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Malaysiakini


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u3pC7d

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.