Syarikat Disebalik Aplikasi Popular Muslim Pro Diambil-Alih
Muslim Pro merupakan salah satu aplikasi yang popular dikalangan mereka yang beragama Islam. Ia mempunyai lebih 10 juta pengguna aktif bulanan, dan telah dimuat-turun lebih 45 juta kali sehingga ke hari ini.
Bagi yang tidak mengenali akan aplikasi Muslim Pro, melaluinya, ia menyertakan sejumlah kandungan agama, termasuk kebolehan menyemak waktu solat, menyemak kiblat, akses kepada al-Quran digital, serta ciri-ciri menarik lain.
Terkini, syarikat disebaliknya, iaitu Bitsmedia telah diambil-alih oleh CMIA Capital Partners daripada Singapura, dan juga Affin Hwang Asset Management dari Malaysia. Harga jualan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.
Bitsmedia dan aplikasi Muslim Pro akan terus beroperasi seperti biasa. Pembangunnya juga akan melihat kepada beberapa penawaran baru, termasuk koleksi penawaran makanan halal, perkhidmatan haji, dan sebagainya.
Muat-Turun Muslim Pro untuk Android
Muat-Turun Muslim Pro untuk iOS
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tZmx3P
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment