Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Petrol Dan Diesel Dinaikkan Sehingga 6 Sen Bermula Tengah Malam Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Petrol Dan Diesel Dinaikkan Sehingga 6 Sen Bermula Tengah Malam Ini

Hari Rabu setiap minggu kini menjadi tempoh yang sangat penting di mana setiap rakyat Malaysia menantikan harga terbaru bahan api seperti petrol Ron 95, Ron 97 dan juga Diesel.

Walaubagaimanapun, terdapat ura-ura pihak kerajaan akan memperkenalkan mekanisma penentuan harga minyak yang baru. Laporan mengatakan mekanisma terbaru akan menentukan harga minyak secara harian.

Menurut laporan yang dikeluarkan sebentar tadi, harga bahan api runcit bagi minggu terbaru dinaikkan sehingga 6 sen bermula pukul 12.01 tengah malam ini dalam tempoh 03 – 09 Ogos.

Harga siling bagi produk petrol Ron 95 dinaikkan 4 sen kepada RM2.07 berbanding harga yang lebih rendah sebelum ini iaitu RM2.03 dalam tempoh (27 Julai – 02 Ogos).

Manakala Ron 97 dalam tempoh seminggu bermula tengah malam ini juga akan dinaikkan 4 sen kepada RM2.32 seliter dari RM2.28  sebelum ini. Manakala harga Diesel ketika ini pada RM1.99 dinaikkan 6 sen kepada RM2.05.

Mekanisma yang diperkenalkan bermula dari 29 Mac ini telah menentukan harga bahan api setiap minggu yang lebih stabil berbanding secara bulanan sebelum ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin, sebelum ini mengatakan bahawa syarikat-syarikat dan peruncit petrol yang mahu menawarkan diskaun dari harga terbabit boleh berbuat demikian dengan mendapatkan kelulusan daripada kementerian.

The post Harga Petrol Dan Diesel Dinaikkan Sehingga 6 Sen Bermula Tengah Malam Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tZ6SBr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.