Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Lima Sebab Euro Meningkat Sehingga 1500 Pips Sejak Januari 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Lima Sebab Euro Meningkat Sehingga 1500 Pips Sejak Januari 2017

Pasangan matawang EURUSD di lihat terus meningkat sehingga 1500 pips dan tren ini berterusan sejak awal tahun lagi. Sejak akhir-akhir ini, pergerakan ke atas semakin cepat sehingga mencapai paras tertinggi awal tahun 2015.

Jom kita tengok ringkasan yang menyebabkan matawang ini terus meningkat

1) Masalah Trump
Pada awalnya, sebelum Trump mula menjadi presiden, kekuatan dolar US melonjak. Namun selepas awal Januari, timbul keraguan adakah dia dapat melaksanakan apa yang dijanjikan. Tambah pula dengan isu Don Junior (anak sulung Trump), masalah kakitangan di White House dan usul pemansuhan Obamacare yang tidak berjaya.

2) Nada Draghi kurang dovish
ECB mahu euro lemah dan menyatakan tiada sebarang keputusan lagi dibuat. Tapi, berdasarkan data dan ekonomi semasa, semakin jelas Euro kini berada pada pengakhiran pelonggaran kuantitatif (QE). Ini antara punca yang mengerakkan Euro dan Draghi tidak mungkin dapat menghalang hal ini dari terus berlaku.

3) Arah Inflasi
Inflasi US lebih kuat daripada inflasi Euro, tapi harga barangan meningkat lebih banyak di kawasan Eropah terutamanya Inflasi teras yang mana kedudukannya semakin baik. Di US juga banyak perkara yang menimbulkan keraguan terhadap kenaikan kadar faedah Fed selepas ini atau dalam beberapa bulan akan datang.

4) Perkembangan ekonomi
GDP US sedikit pulih pada suku tahun kedua kepada 2.6% bagi bacaan tahunan. Namun, bacaan tersebut menyamai kadar perkembangan di kawasan Eropah yang mana sudah di capai pada suku pertama tahun ini lagi.

5) Politik Eropah
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) di lihat bersatu dalam isu Brexit dan lebih stabil berbanding sebelum ini. Antara peristiwa utama berlaku tahun ini juga adalah pemilihan Emmanuel Marcon sebagai presiden Perancis. Begitu juga negara terbesar dalam EU kekal stabil dengan tinjauan pilihanraya menunjukkan Merkel masih mendahului di mana pilihanraya Jerman akan berlangsung pada September. Di sini jelas dilihat apa yang berlaku kepada politik US agak berbeza dengan kestabilan politik di Eropah.

The post Ini Lima Sebab Euro Meningkat Sehingga 1500 Pips Sejak Januari 2017 appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hngUL2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.