9 Cara Terbaik Hilangkan Bau Nafas Dan Mulut Berbau Dengan Menggunakan Cara Moden Dan Petua Tradisional
Petua Tradisional Menghilangkan Bau Nafas
Banyak cara atau tips yang boleh Anda lakukan untuk mengatasi bau nafas yang kurang enak dan memalukan itu, antaranya:
1. Sirih
Sirih adalah antiseptic yang baik bagi mengatasi bau mulut, maka Anda gunakanlahnya untuk atasi bau yang tidak enak di mulut. Caranya :~
a) Cuci bersih daunnya kemudian di rebus menggunakan air anggaran 1.5 gelas. Setelah itu dibiarkan hingga air rebusan sirih menjadi sejuk, dan gunakan untuk berkumur selepas Anda menggosok gigi.
b) Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam selama 5 minit. Minum air tersebut. Anda amalkan setiap hari.
2. Serai Wangi Dan Kulit Limau Kasturi
Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Anda tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga ¾ tinggi periuk kemudian anda jerangkan sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.
3. Daun Jambu Batu
Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Anda tumbuk daun tersebut hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.
4. Cengkih
Ambil anggaran 3 atau 5 kuntum bunga cengkih kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga sejuk dan air rebusannya anda gunakan untuk berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.
5. Menghisap Kulit Kayu Manis
Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau.
Kunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam. Jika anda menghisap kulit kayu manis setiap hari, ia dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.
6. Bunga Lawang
Bunga lawang (star anise) bersifat sebagai antibakteria dan antikulat, serta kandungan ‘linalool’ dalam bunga lawang bersifat sebagai antioksidan sehingga sangat baik untuk kesihatan tubuh.
Ambil sekuntum atau 3 kuntum bunga lawang kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air panas selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga suam dan airnya boleh anda gunakan untuk minum atau berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.
Bunga lawang juga boleh dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk. Secara tak langsung, ia juga dapat merawat penyakit asma, bronchitis dan batuk kering, antara penyebab nafas berbau.
7. Asam Jawa Dan Gula Merah
Satu cara lagi bagi menghilangkan nafas dan mulut berbau. Anda bancuh sedikit asam jawa, gula merah dengan air panas. Minumlah setiap malam sebelum tidur. Amalkan sekerap mungkin, InsyaAllah tiada lagi nafas berbau yang memalukan anda.
8. Gorengan Hampas Kelapa
Ambil anggaran segenggam hampas kelapa dan gorengkan di dalam kuali tanpa minyak. Gorengkannya hingga kekuningan. Angkat dan dibiarkan sejuk. Kemudian anda ambil dan kunyah-kunyahkannya hingga hancur. Ia boleh dimakan atau diluahkan.
Di samping itu, anda amalkan meminum air suam dengan kerap. InsyaAllah kesannya akan dapat dilihat beberapa hari selepas itu.
9. Meminum Teh Hijau Dan Daun Pudina
Cara lain yang mungkin boleh anda lakukan secara amalan tradisi, misalnya dengan minum air teh hijau atau dengan meminum air rendaman daun pudina sekurang-kurngnya 2 kali sehari.
Menghadapi masalah mulut atau nafas berbau memang membuatkan anda berasa malu untuk bercakap dengan orang lain. Cubalah anda amalkan mana-mana petua tradisional mudah di atas, InsyaAllah dapat mengatasi masalah bau mulut dan nafas anda dengan berkesan.
Apa yang penting anda mesti yakin bahawa yang menyembuhkan anda daripada sesuatu penyakit bukan benda lain, melainkan Allah SWT sahaja. Segala sesuatu dalam dunia ini tak akan beri manfaat atau mudharat, hanya melainkan dengan izin Allah SWT sahaja. Manusia hanya mampu berihktiar, hanya Allah yang menyembuhkan segala penyakit. Mudah-mudahan usaha ini diberkati dan dirahmati Allah. Amin Ya Allah.
Amalkan juga cara dibawah ini, bagi menjaga kebersihan dan kesihatan mulut harian.
Cara Hilangkan Bau Nafas Dan Mulut
1) Membersih dan memberus gigi
Dengan penjagaan rapi mulut anda, dengan izinNya masalah anda akan selesai. Jadikan amalan untuk memberus gigi dengan teratur. Rajinkan juga untuk membersihkan gigi menggunakan benang flos atau flos pakai buang. Dengan itu, segala kotoran yang membantu bakteria untuk hidup di dalam mulut anda dibuang. Nasihat admin juga untuk anda tidak memberus gigi dengan tergesa-gesa kerana kotoran bakteria tidak mungkin hilang jika anda lakukan dengan sambil lewa. Ambil masa untuk bersihkan mulut dan gigi anda. Okay?
2) Membersihkan lidah
Terlalu fokus di bahagian mulut dan gigi, lidah jangan dilupakan. Kerana anda juga harus membersih di bahagian lidah untuk membunuh bakteria biofilm. Bahagian atas lidah adalah bahagian utama yang membantu mendatangkan bau kurang selesa mulut anda. Rekahan lidah membantu bakteria untuk bersembunyi. Jadi pergi dapatkan tongue cleaner untuk membersih bukan sahaja di bahagian mulut dan gigi, malahan juga lidah.
3) Chewing Gum
Kadang kala kita terlalu asyik mengunyah gula-gula getah, jangan pula tidak tahu kerana gula-gula getah boleh juga membantu mengatasi masalah bau nafas! Kerana ia akan merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Cuba amalkan, dan rasakan perubahannya nanti!
4) Pemakanan
Masalah nafas berbau ini, anda juga boleh atasi dengan menjaga pemakanan anda. Cuba kurangkan pengambilan karbohidrat dan juga bawang putih serta kopi. Kerana ia boleh merangsang untuk mendatangkan bau nafas. Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin E dan C seperti buah-buahan, sayur-sayuran seperti manga, apricot, susu soya, orange, dan sebagainya.
5) Air putih
Air putih mempunyai 1001 kelebihan. Sebenarnya air putih membantu untuk membunuh bakteria jahat yang membuatkan nafas atau mulut anda berbau. Amalkan pengambilan air putih sekurangnya 2 liter sehari. Dengan basahan mulut anda yang kerap, akan melemahkan bakteria untuk hidup selesa di dalam mulut anda. Jadi tiadalah bau nafas!
Admin nasihatkan anda yang mempunyai masalah nafas berbau ini, untuk tidak mengambil ringan. Rajin-rajin lah usaha untuk hilangkan. Jika ada kelapangan, bolehlah untuk adakan rawatan dengan doctor gigi, untuk dapatkan rawatan moden pembersihan cucian gigi.
Nafas segar, yakin sentiasa.
Bercakap pun selesa!
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wlPA2n
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment