Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tuah badan jadi isteri pemain bola sepak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tuah badan jadi isteri pemain bola sepak

Sebelum ini, hanya isteri mahupun kekasih pemain bola sepak terkemuka dunia sahaja sering dilihat berkongsi gambar percutian mewah mereka di laman sosial untuk tatapan peminat.

Kini trend itu seolah-olah menjadi ‘ikutan’ isteri-isteri pemain bola sepak tanah air pula.

Kebanyakan mereka memuat naik gambar percutian bersama keluarga di dalam mahupun luar negara susulan tempoh rehat perlawanan Liga Malaysia yang ditangguhkan seketika bermula 5 Ogos lalu sehingga selesai Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Salah seorang daripadanya adalah pelakon Mia Ahmad yang juga isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohd Izham Tarmizi Roslan yang tidak mahu ketinggalan memuat naik gambar percutian di Santorini, Greece.

Holiday bucket list, checked,” demikian tulisnya dalam kapsyen gambar percutian itu di laman Instagram.

Isteri kepada Mahali Jasuli yang juga pemain JDT, Haliesah Rusman turut berkongsi gambar sedang bercuti di negara matahari terbit, Jepun.

Pasangan suami isteri itu membawa bersama anak lelaki mereka, Hayder Malique.

Dalam laman Instagramnya, Haliesah yang juga seorang model sebelum ini turut memuat naik video sedang melintas jalan popular di Tokyo iaitu Shibuya Crossing menggunakan aplikasi Boomerang.

Sementara itu, pelakon Ayu Raudah yang juga isteri kepada pemain pasukan Perak Mohd Zaquan Adha Abd Radzak juga dipercayai bercuti bersama keluarga di dalam negara.

“Let’s gooo… squad! Subang – Kuantan – Alor Setar,” tulisnya dalam kapsyen itu.

Ibu kepada tiga orang anak itu turut menggunakan hashtag #cuticutimalaysia pada kapsyen gambar tersebut.

Bekas pemain boling negara, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi yang aktif di laman Instagram juga memuat naik gambar percutian bersama suaminya, Safiq Rahim dan dua anak mereka.

Namun, Zandra tidak menamakan lokasi percutian mereka yang dipercayai di sebuah pulau, jauh dari hiruk-pikuk kota.

Hampir kesemua gambar yang dikongsi isteri pemain JDT itu mendapat like yang banyak dalam kalangan pengikutnya.

 

Sumber: MStar



Sumber Tuah badan jadi isteri pemain bola sepak

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hPQmlJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.