Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Benda Kau Tak Patut Buat Selepas Makan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Benda Kau Tak Patut Buat Selepas Makan

Orang kita mempunyai pelbagai tabiat yang dilakukan selepas kekenyangan makan tengah hari atau malam. Ada yang suka merokok, minum teh dan ada yang terus tersandar lalu tertidur. Barulah ‘feel’ katanya.

Akan tetapi, tahukah anda bahawa ada tabiat-tabiat ini sebenarnya amat berbahaya kepada kesihatan tubuh badan kita?

Di sini, aku kongsikan 5 perkara yang tidak patut dibuat selepas makan.

1. Merokok
Ramai tahu bahawa merokok ini memang membahayakan kesihatan. Kajian mengatakan sebatang rokok yang dihisap selepas sahaja makan, kesan buruknya bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok sekaligus di waktu lain. Nikotin yang dihisap dari rokok akan mengikat oksigen di dalam tubuh badan. Oksigen ini adalah antara faktor penting di dalam proses pencernaan kita. Tanpa oksigen yang cukup tubuh menyerap karsinogen, iaitu zat yang menyebabkan kanser. Jadi, jika memang ada tabiat merokok tu, silalah bersabar dalam 1-2 jam selepas makan sebelum melepaskan gian anda.

2. Makan buah-buahan
Buah-buahan memang mempunya zat yang baik untuk tubuh badan kita. Akan tetapi ianya hanya jika kita memakannya sebelum mengambil makanan tengah hari atau malam. Sebaliknya, buah-buahan boleh menjadi punca masalah pencernaan seperti senak, pedih ulu hati dan sendawa. Ini kerana, buah memerlukan enzim khas di dalam tubuh kita untuk dicerna, manakala gula di dalam buah mengambil masa lama untuk dicerna. Amalkanlah buah-buahan sebagai pembuka selera dan bukannya pencuci mulut.

3. Tidur
Selalunya setelah perut kekenyangan, mata kita pun mulalah mengantuk. Ada yang akan terus bersandar, terbaring dan tidur selepas makan. Menurut kajian daripada ‘University of Ioannia Medical School’, mereka yang menunggu lebih lama sebelum tidur selepas makan, risiko untuk terkena serangan ‘angin ahmar’ juga akan semakin berkurangan. Tidur selepas makan juga boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kembung perut, malah mengganggu pola tidur anda. Jadi, disarankan agar menunggu tidak kurang dari 2 jam dari waktu makan sebelum anda ingin meneruskan hajat untuk tidur.

4. Mandi
Ini juga antara salah satu tabiat yang bahaya dan patut dielakkan. Kajian mengatakan, mandian air panas akan meningkatkan pengaliran darah ke seluruh anggota badan lain dan mengurangkan darah ke perut. Ini akan menyebabkan proses pencernaan yang sepatutnya berlaku selepas makan terganggu. Kesannya, perut kembung dan badan menjadi lesu.

5. Minum teh
Ramai yang menyangka minum teh selepas makan adalah satu tindakan yang baik di mana ianya membantu proses pencernaan. Sedangkan pada hakikatnya, ia tidak patut dilakukan selepas makan. Teh mengandungi asid tannic yang akan mengikat zat besi dan protein di dalam badan. Apabila kedua-dua ini diikat, ianya mengganggu proses penyerapan zat besi sehingga penurunan sebanyak 87% dari kadar biasa. Zat besi amatlah penting di dalam tubuh badan kerana kekurangannya boleh menyebabkan kita mengalami anemia, pening, penat dan lemah anggota badan.

Berikut merupakan antara perkara yang tidak patut dilakukan selepas makan. Semoga ianya bermanfaat untuk bacaan dan tindakan kita. Amalkan hidup yang sihat.

Shairy Hanapiah



Sumber 5 Benda Kau Tak Patut Buat Selepas Makan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wpMYAd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.