Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alahai makcik kantoi mencuri dekat majlis kahwin orang, menyamar jadi tetamu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alahai makcik kantoi mencuri dekat majlis kahwin orang, menyamar jadi tetamu

WANITA ditahan selepas mencuri di rumah keluarga pengantin ketika majlis perkahwinan di Kampung Nechang, Tumpat.

Wanita berusia 53 tahun itu dikatakan menyamar sebagai tetamu sebelum menyelinap masuk ke dalam bilik ahli keluarga pengantin, pada 3.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Nik Azlan Nik Ibrahim, berkata perangai pelik wanita terbabit disedari seorang daripada ahli keluarga pengantin.

“Anak mangsa menyedari kelakuan pelik wanita itu yang naik ke rumah ketika orang ramai sedang menyambut pengantin lelaki.

“Dia kemudian mendapati duit hilang selepas memeriksa beg di dalam bilik terbabit.

“Suspek kemudian ditahan oleh anak mangsa di garaj sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai sembilan rekod jenayah lampau membabitkan kes curi.

“Wanita itu ditahan reman tiga hari, bermula hari ini, untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri, ” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Alahai makcik kantoi mencuri dekat majlis kahwin orang, menyamar jadi tetamu

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eSWdmB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.