Anggota Narkotik tahan dua suspek Indonesia edar dadah di Bintulu
BINTULU: Dua lelaki warga Indonesia diberkas oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu petang semalam kerana disyaki terlibat kegiatan pengedaran dadah di Bintulu.
Ketua Polis Daerah Bintulu, ACP Zailanni Amit berkata, dua suspek mengedar dadah sejak tahun 2013 ditangkap di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 di rumah tidak bernombor di sebuah ladang sawit di Samalaju di sini sekitar jam 2 petang semalam.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menjumpai 36 keratan tiub straw warna merah jambu dan kuning berisi ketulan kristal yang disyaki dadah syabu.
“Kedua-dua suspek mengaku membeli dadah tersebut daripada seorang kenalan berbangsa Bugis dikenali sebagai Rais di sebuah ladang sawit di Niah Miri,” ujarnya di sini semalam.
Beliau berkata, sebelum ini pasukan JSJ Narkotik yang diketuai ASP Ismuni Umar membuat intipan dan mengikuti suspek sehingga ke Samalaju sehingga membawa penangkapan suspek.
“Kekerasan minumum terpaksa digunakan kerana suspek bertindak agresif dan enggan bekerjasama. “Rakaman kenyataan risikan akan dibuat setelah permohonan reman dibuat oleh pegawai penyiasat ke atas suspek,” katanya sambil menambah anggaran kasar berat keseluruhan dadah dirampas adalah 8.5 gram dengan nilai harga pasaran RM1,800.
Beliau berkata, risikan dan siasatan lanjut ke atas kes terbabit masih diteruskan. Utusan Borneo Online
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wr4hRg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment