Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Mempatenkan Sistem Audio Untuk iMac Yang Mengubah Kekuatan Bunyi Mengikut Kedudukan Pengguna - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Mempatenkan Sistem Audio Untuk iMac Yang Mengubah Kekuatan Bunyi Mengikut Kedudukan Pengguna

Audio yang baik mampu memberikan pengalaman menonton video yang lebih imersif. Kebanyakan komputer di pasaran sekarang masih menggunakan konfigurasi dua pembesar suara dan kekuatan bunyi bergantung kepada kedudukan pengguna. Setiap kali posisi duduk diubah, tetapan bunyi perlu diubah semula. Apple telah mempatenkan sistem audio untuk iMac yang melakukan tetapan secara automatik

Sistem yang dipatenkan ini mengesan kedudukan pengguna di depan skrin. Berdasarkan kedudukan mereka, kekuatan bunyi akan diubah bagi memberikan pengalaman audio yang paling optimum. Selain menonton video, sistem audio yang melaras secara automatik ini juga amat berguna ketika melakukan panggilan video secara atas talian. Tidak perlu lagi mereka bertanya kepada penerima panggilan sama ada mereka boleh didengari dengan jelas di masa hadapan.

Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna ia akan digunakan pada iMac akan datang. Apple terkenal dengan tabiat mengumpul paten terlebih dahulu. Bagi peminat audio, sistem seperti ini amat diperlukan kerana automasi audio ialah satu bahagian yang masih dianaktirikan pengeluar.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vEB1uH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.