Bekas suami Joy pertimbang tindakan undang-undang
AHLI Perniagaan, Datuk Rayos Abdul Rahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan fitnah dalam kemelut perkahwinannya bekas isterinya, Siti Arifah Amin bersama penyanyi, Hafiz Hamidun.
Menurutnya, pelbagai kenyataan bercanggah disiarkan oleh beberapa penerbitan telah menyebabkan imejnya tercalar.
“Saya kesal. Mereka ambil sana sikit, sini sikit dan gabungkan serta membuat kesimpulan sendiri,” katanya kepada media selepas pengurusan kes pendaftaran pernikahannya bersama Siti Arifah atau lebih dikenali sebagai Joy Refva di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini
Katanya, beliau sentiasa memberikan kerjasama penuh berhubung perkara itu kerana mahu perkahwinan Joy dan Hafiz berjalan lancar.
“Saya benar- benar kecewa selepas isu ini timbul seolah-olah saya tidak memberi kerjasama,” katanya.
The post Bekas suami Joy pertimbang tindakan undang-undang appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jnQJoy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment