Hi! Welcome Back and Stay Tune! BELI PROTON, LOTUS BAWA FAEDAH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BELI PROTON, LOTUS BAWA FAEDAH

ZHEJIANG Geely Holding Group Co. Ltd (Geely Holding) yakin pembelian ke atas saham Proton dan Lotus mampu mendatangkan manfaat kepada industri automobil Malaysia, China serta England.

Pengerusi Geely Holding, Li Shufu berkata, kerjasama ketiga-tiga negara itu memberikan peluang untuk berkongsi kebolehan dan mengatasi kekurangan masing-masing.

“Di bawah falsafah berniaga bersama, membina bersama dan menikmati bersama, saya yakin industri automobil Malaysia, China serta England akan bertambah maju dan besar,” kata Shufu seperti dipetik dalam Sin Chew Daily.

Pada Mei tahun ini, DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) mencapai persetujuan dengan Geely Holding dari China itu bagi membolehkan syarikat tersebut membeli sebanyak 49.9 peratus saham Proton.

Proton juga menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam syarikat pembuat kereta dari Britain, Lotus kepada Geely Holding, sekali gus menamatkan penglibatannya dalam bidang pengeluaran sports car.

Syarikat China itu membeli sebanyak 51 peratus saham Lotus daripada Proton.

Menurut Shufu, Geely Holding sebelum ini telah membuktikan kejayaan apabila memperluaskan perniagaan di negara-negara luar dalam industri automobil.

“Geely Holding telah bertapak di Amerika Syarikat, England, Belgium, Sweden, Rusia dan beberapa negara di rantau Asia.

“Kami sentiasa berkongsi pengalaman dan konsep perniagaan dengan rakan-rakan lain,” katanya.

Menurut beliau, ekonomi China sedang berada dalam tempoh transformasi yang penting dan sentiasa mengamalkan budaya korporat tanpa membezakan bangsa serta bahasa.

– Sinar harian

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xU1e9C

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.