Hi! Welcome Back and Stay Tune! Para KL2017: Najib Turano berhasrat bawa ibu umrah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Para KL2017: Najib Turano berhasrat bawa ibu umrah

PUTRAJAYA: Pemenang empat pingat emas acara berbasikal pada temasya Sukan Para ASEAN 2017 (Para KL2017), Mohd Najib Turano memasang niat untuk membawa ibunya mengerjakan umrah.

Atlet itu berkata selain isteri dan rakan-rakan, ibunya Salbiah Suar, 62, adalah pendorong utama dan sentiasa memberikan sokongan dalam kerjayanya selaku pelumba negara.

Mohd Najib menang empat pingat emas pada temasya Para KL2017, masing-masing menerusi dua acara trek dan lebuh raya, membolehkannya mendapat Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) berjumlah RM50,000.

"Sebelum mula lumba, saya dah pasang niat hendak bawa emak pergi umrah. Saya akan tengok apa perancangan program daripada jurulatih. Insya-Allah, dalam tahun ini kalau berkesempatan," katanya kepada pemberita.

GELAGAT pelumba trek, M. Najib Turano selepas berjaya meraih pingat emas dalam acara akhir 4km Kejar Mengejar Individu (C4) Lelaki sempena temasya Sukan Para Asean KL2017 di Velodrom Nasional Nilai, Seremban. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Mohd Najib meraih emas keempat peribadinya hari ini apabila mengungguli acara lebuh raya kategori C4 lelaki selepas mencecah garisan penamat dengan catatan masa 1 jam 24 minit 11 saat.

Dia diekori rapat pelumba Filipina Godfrey Ezperanzate Taberna dan Muhammad Fadli Imammuddin daripada Indonesia yang turut mencatat masa yang sama, namun dibezakan berdasarkan 'photo finish' dan alat pencatat masa elektronik.

Godfrey dan Muhammad Fadli masing-masing meraih perak dan gangsa.

Tiga lagi emas dimenangi Mohd Najib dalam acara ujian masa lebuh raya, 1km dan 4km kejar mengejar individu dalam acara trek.

Dalam pada itu, atlet itu yang mengalami kecederaan otot empat bulan sebelum temasya dwitahunan itu berkata tumpuannya selepas ini adalah untuk memperkuatkan pasukan berbasikal trek dalam acara pecut berpasukan.

Katanya, acara itu dilihat mempunyai laluan mudah untuk meraih mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Ikut perancangan jurulatih, akan dibentuk pasukan kategori pecut campuran sebab peluang lebih cerah untuk kutip mata ke Olimpik," katanya yang mengalami kecacatan saraf di bahagian kaki kiri ekoran kemalangan.

Mohd Najib, 30, berasal dari Banting, Selangor itu sebelum ini mengalami kecederaan otot yang terkoyak sepanjang tujuh sentimeter, hampir terlepas peluang beraksi di Sukan Para ASEAN.

Berkat kegigihan dan semangat, beliau mengambil keputusan mengikuti segala program pemulihan dan perubatan yang disediakan oleh Institut Sukan Negara (ISN) demi untuk mewakili negara.

-- BERNAMA



Sumber Para KL2017: Najib Turano berhasrat bawa ibu umrah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xTQjwq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.