Ajaib! Tertusuk Besi dari Anus Sampai Tembus Bahu...
21/9/17
Yang menjalani pembedahan. (Foto: AsiaWire)
CHENGDU – Seorang pekerja pembangunan di Chengdu, China, selamat dari satu kecelakaan maut yang boleh meragut nyawanya. Lelaki itu, Yang Ming tersetrum dan terlempar dari tempat kerjanya sehingga tertusuk batangan besi dari anus hingga tembus ke bahu kanan.
Untungnya, batangan besi yang menembus tubuh Yang tidak sampai mengenai organ-organ dalamannya. Dia menjalani pembedahan selama tujuh jam untuk menarik batangan besi tersebut dari tubuhnya.
Hebatnya lagi, lelaki berusia 37 tahun itu masih sedar ketika kemalangan itu terjadi. Ketika itu, Wang secara tak sengaja tersetrum sehingga membuatnya terjatuh ke belakang dan mendarat di atas batangan besi.
Foto: Asiawire
"Pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda pendarahan yang jelas di dada atau rongga perut. Tekanan darah dan detak jantungnya juga stabil,” kata Ketua Unit Pembedahan Toraks di Rumah Sakit Sichuan University West China, Wang Xin, sebagaimana dikutip Metro, Khamis (21/9/2017).
Usus, pundi kencing, pankreas, liver, dan paru-paru Wang dilaporkan mengalami sobekan kecil akibat kecelakaan tersebut, tetapi luka tidak parah yang boleh mengancam nyawanya. Dia hanya kehilangan sedikit darah dan menjalani proses pemulihan di rumah sakit. Batang besi yang menusuk badan Yang juga dapat dikeluarkan dalam keadaan utuh
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xyltZu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment