Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tengku Adnan Beri Penjelasan Berhubung Pesta Arak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tengku Adnan Beri Penjelasan Berhubung Pesta Arak

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan bahawa beliau menyatakan pembatalan pesta arak “Better Beer Festival 2017” di ibu negara bulan depan, adalah disebabkan faktor politik dan agama.

Tengku Adnan berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat keputusan tidak memberi kelulusan bagi penganjuran pesta itu atas sebab keselamatan dan ia juga bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.

Beliau memberi alasan bahawa ia menyalahi undang-undang untuk mengambil dan menjual arak di kawasan terbuka dan daripada segi keselamatan, polis telah memberikan maklum balas bahawa ia agak berbahaya untuk mengadakan pesta itu di kawasan terbuka”.

“Bagi saya, pertimbangan utama saya ialah untuk memastikan keselamatan awam…mereka boleh mengadakan pesta itu di rumah, di bar atau di hotel tetapi bukan di tempat terbuka..mereka tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.

“Tolong jangan putarbelitkan isu ini dengan menyatakan bahawa saya (Tengku Adnan) tidak memberi kelulusan disebabkan tekanan poltik dan agama,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan projek unit-unit kediaman mampu milik oleh Mah Sing Group Berhad di sini hari ini.

Tengku Adnan turut melahirkan rasa kesal terdap beberapa kenyataan politik yang dibuat oleh pihak pembangkang mengenai isu itu dengan memberi gambaran buruk kepada kerajaan.

Beliau juga menafikan ada membenarkan pesta seumpama itu diadakan di kawasan terbuka di ibu negara pada masa lalu.

Pesta arak Better Beer Festival sepatutnya diadakan dari 6 hinbgga 7 Okt di pusat membeli-belah Publika, Kuala Lumpur, dengan menampilkan 250 jenama arak yang berbeza daripada 43 kilang arak dari seluruh dunia.

DBKL membuat pengumuman itu seminggu selepas seorang anggota jawatankuasa pusat PAS Dr Riduan Mohd Nor membantah keras penganjuran pesta itu dan menyifatkannya sebagai “pesta maksiat”.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata Kementerian akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin depan untuk membincangkan isu “kawasan panas” di Kuala Lumpur yang digunakan untuk aktiviti haram dan tidak bermoral.

“Salah satu tempat yang kita telah kenal pasti adalah Keramat, Kampung Baru, Kampung Batu, Cheras, Lembah Pantai, Seputeh dan sebagainya. Kita akan mengambil tindakan untuk memastikan bahawa kawasan-kawasan yang ada kemungkinan benda-benda ini berlaku kita akan atasinya,” – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ysRn7y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.