Hi! Welcome Back and Stay Tune! Razer Sedang Membangunkan Peranti Mudah-Alih Yang Dijangka Siap Pada Penghujung Tahun Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Razer Sedang Membangunkan Peranti Mudah-Alih Yang Dijangka Siap Pada Penghujung Tahun Ini

Razer merupakan jenama yang tidak asing dikalangan para peminat permainan video, dimana Razer sedia menawarkan sejumlah aksesori, bukan sahaja untuk komputer, tetapi juga untuk konsol. Mereka juga turut menawarkan komputer riba memfokuskan permainan video, selain pelbagai produk memfokuskan permainan dan multimedia.

Sebelum ini, Razer telah mengambil-alih Nextbit, salah satu pengeluar telefon pintar Android – dan sejak daripada itu, pelbagai spekulasi berkenaan telefon pintar Razer telah diperkatakan.

Kini bercakap mengenainya, CEO Razer mengatakan kepada CNBC yang mana mereka sedang membangunkan sebuah peranti mudah-alih khusus untuk peminat permainan video dan multimedia. Razer menyasarkan untuk memperkenalkan ia kepada pengguna menjelang penghujung tahun ini.

Razer mengatakan, peranti mudah-alih adalah salah satu pasaran yang turut menjadi fokus utama syarikat berkenaan.

Selain daripada peranti mudah-alih, Razer juga menyasarkan untuk menyenaraikan saham mereka di Hong Kong menjelang penghujung tahun ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hitY4D

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.