Bertudung Tapi Kecam Orang Pun Salah Juga Kan? Ini Komen Fathia Yang WIN.!!
Nampaknya kontroversi kemunculan Fathia Latiff di Bigo Live minggu lalu masih menjadi bualan hangat sehingga ke hari ini. Walaupun Fathia Latiff sudah menngaku silap dan memohon kemaafan, masih ramai di luar sana yang memberikan komen negatif terhadap pelakon ini.
Dalam sesi live terbaru beliau di Instagram, Fathia Latiff sekali lagi tampil mempertahankan diri dengan berkata kemunculan beliau dalam video tersebut adalah secara tidak sengaja kerana tidak sedar sedang dirakam.
“Saya tak sedar. Kalau kita dengan kawan-kawan perempuan, kitakan buat vdeo peribadi, yang hanya disimpan sesama sendiri. Tapi itulah, perkara dah terjadi,” ujarnya hari ini.
Fathia Latiff juga menjawab pertanyaan peminat sama ada beliau akan lebih berusaha untuk perbaiki diri terutamanya dalam aspek menutup aurat.
“Bukan hanya aurat sahaja. Ada perkara lain yang juga penting seperti berbuat baik kepada orang lain dan juga berbuat baik kepada haiwan. Bagaimana anda melayan orang lain, bukan saja hanya aurat”
“Aurat ialah sebahagian dari apa yang kita belajar dalam Islam. Tetapi ada perkara lain yang kita perlu belajar. Bukannya bila anda tutup kepala anda, anda boleh lakukan apa saja yang anda mahu contohnya kecam orang lain, atau menyumpah orang lain. Itu pun salah juga, kan?,” tambahnya.
Dalam sesi live di Instagram itu juga, ada peminat yang mempertikaikan tindakan Fathia Latiff untuk muncul hanya mengenakan hoodie dan menampakkan leher tanpa bertudung penuh.
Ada sahaja tidak kena, hmm
Sumber: ROTIKAYA
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2flg4yb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment