Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kawalan Ketat Konsert Ariana Grande Di Hong Kong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kawalan Ketat Konsert Ariana Grande Di Hong Kong

HONG KONG – Polis menempatkan bilangan anggota yang ramai termasuk dari pasukan anti-keganasan di konsert penyanyi Amerika Syarikat Ariana Grande yang akan berlangsung di Hong Kong pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua.

Kawalan keselamatan dipertingkatkan susulan kejadian pengebom bunuh diri menyerang konsert bintang pop itu di Manchester, Britain, empat bulan lepas menyebabkan lebih 20 orang mati dan 150 lagi cedera.

Menurut laporan, belum pernah berlaku kawalan keselamatan ketat seperti itu di Hong Kong untuk sebuah konsert muzik secara langsung.
“Semua penonton akan diperiksa menggunakan alat pengesan logam sebelum dibenarkan memasuki dewan,” kata penganjur konsert Live Nation dalam laman webnya.

Menjelang konsert, polis Hong Kong menjalankan dua latihan anti-keganasan, masing-masing di Stadium Hong Kong dan di Dewan Bandaraya.

Menurut akhbar harian South China Morning Post, tahap ancaman keganasan di seluruh Hong Kong kekal “sederhana” dan pihak risikan tidak menyatakan bahawa konsert itu akan dijadikan sasaran. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wBKCDk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.