Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chong dan Julian Tan bebas tuduhan sertai BERSIH 4.0 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chong dan Julian Tan bebas tuduhan sertai BERSIH 4.0

KUCHING: Mahkamah Sesyen Kuching memutuskan dua Ahli Parlimen dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) Chong Chieng Jen dan Julian Tan Kok Ping tidak bersalah atas tuduhan terbabit dalam perhimpunan BERSIH 4.0 dua tahun lalu.

Dalam penghakiman hari ini, Hakim Steve Ritikos berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen dan Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan terlibat dalam demonstrasi haram.

“Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan, mahkamah mendapati kedua-dua tertuduh hanya berkumpul di hadapan Kuching Hilton, di mana mereka meletakkan kenderaan dan kemudian berjalan ke Padang Song Kheng Hai, iaitu lokasi yang diluluskan untuk menyertai perhimpunan BERSIH 4.0,” kata Ritikos.

Chieng Jen yang juga pengerusi DAP Sarawak dan Tan dituduh di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012) kerana menyertai perhimpunan BERSIH 4.0 pada 29 Ogos 2015.

Kedua-dua tertuduh boleh didenda sehingga RM10,000 dan dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya untuk tempoh lima tahun sekiranya didenda melebihi RM2,000, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaraya diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan.


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xmeYZw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.