Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Daging kambing la, bukan babi!” – Kerana dakwaan viral tak berasas, kedai jual daging ini diserbu KPDNKK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Daging kambing la, bukan babi!” – Kerana dakwaan viral tak berasas, kedai jual daging ini diserbu KPDNKK

TAMPIN: Tindakan melulu pihak tertentu menyebarkan maklumat tidak sahih di laman sosial menyebabkan sebuah kedai menjual daging sejuk beku di bandar ini dikecam kerana dituduh menjual daging babi.

 

"Daging kambing la, bukan babi!" - Kerana dakwaan viral tak berasas, kedai jual daging ini diserbu KPDNKK

“Daging kambing la, bukan babi!” – Kerana dakwaan viral tak berasas, kedai jual daging ini diserbu KPDNKK

 

 

Bagaimanapun, tindakan cekap penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri membuat pemeriksaan segera, mendapati tuduhan yang menjadi viral itu tidak berasas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Saiful Bahri Abdul Kadir, berkata pihaknya membuat pemeriksaan kira-kira jam 12 tengah hari semalam selepas mendapati dakwaan itu tersebar di laman sosial.

“Kita mendapati daging yang didakwa babi itu sebenarnya daging kambing lapah sejuk beku yang diimport dari New Zealand dan disembelih di rumah penyembelihan diiktiraf oleh pihak yang menguruskan pensijilan halal di negara itu,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada makanan tidak halal dijual di premis berkenaan.

Berikutan itu, Saiful Bahri turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai keraguan mengenai sesuatu perkara supaya menyalurkan aduan rasmi kepada KPDNKK bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan dan tidak menyebarkan maklumat tidak tepat di laman sosial.

Pemeriksaan BH mendapati, dakwaan yang tersebar di beberapa kumpulan Facebook itu, antara lain meminta orang ramai berhenti membeli daging di kedai berkenaan kerana didakwa tidak mengasingkan daging babi daripada ayam dan lembu.

Selain itu, turut tersebar ialah salinan laporan polis dibuat seorang lelaki yang mendakwa melihat seorang pekerja premis itu memikul bungkusan daging dipercayai babi dari peti sejuk beku pada Khamis lalu.

Sumber: Bharian



Sumber “Daging kambing la, bukan babi!” – Kerana dakwaan viral tak berasas, kedai jual daging ini diserbu KPDNKK

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iSlrpC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.