Kementerian Kesihatan terima permohonan maaf portal Singapura, The Independant SG
Kementerian Kesihatan (KKM) menerima permohonan maaf daripada theindependent.sg, atau TISG berhubung penyiaran laporan tidak tepat mengenai kematian seorang warganegara Singapura baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya menerima permohonan maaf berkenaan dengan hati terbuka.
“Hari ini portal itu dah minta maaf tentang apa yang disebarkan dan kalau mereka minta maaf kita ok sahaja.
“Selain itu berita yang disiarkan juga telah dikeluarkan daripada portal berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen MIC Negeri Perak ke-71 di sini, Ahad.
Pada Ahad, TISG menerusi notis di laman webnya menyatakan ia memohon maaf dengan sepenuh hati kepada pihak yang berkenaan susulan penderitaan dan kesedihan akibat daripada insiden itu.
Notis itu menggantikan artikel asal bertajuk “warga Singapura berusia 25 tahun meninggal dunia selepas hospital Malaysia menuntut bayaran tunai sebelum rawatan” yang disiarkan pada 31 Ogos. – BERNAMA
Sumber: Mstar
Sumber Kementerian Kesihatan terima permohonan maaf portal Singapura, The Independant SG
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x23Stk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment