Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Kepada Pemandu Kereta BMW Terbabit, Awak Sangat Biadab!' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Kepada Pemandu Kereta BMW Terbabit, Awak Sangat Biadab!'


BATU PAHAT, JOHOR - Viral video rakaman dashcam sebuah kereta Perodua Kenari kemalangan selepas keretanya hampir bertembung dengan sebuah kereta yang memotong secara berbahaya. 

Video yang dimuat naik oleh Nojahwati Sohaini di laman Facebooknya berkata, adiknya, Daus, menghadapi kemalangan, namun selamat. 

"Mujur adik saya selamat semalam. Kepada kereta (BMW hitam) berkenaan, awak sangat biadab! Awak buat adik saya seinci dengan kematian. 

"Saya nak viralkan apa yang awak dah buat. Moga kalau awak nampak tadi, awak sedar. Mana undang-undang yang awak pakai? Tak guna dapat lesen kalau camni cara pemanduan awak," katanya. 

Berdasarkan video berdurasi satu minit yang berlaku pada jam 3.59 petang Sabtu di Jalan Bandar Tenggara - Ulu Penggeli, Daus yang memandu kereta Perodua Kenari dalam perjalanan ke destinasi.


Secara tiba-tiba sebuah kereta BMW berwarna hitam yang tidak dapat dilihat dengan jelas nombor pendaftarannya itu cuba memotong lori di hadapannya, menyebabkan Daus terpaksa mengelak ke kiri sebelum terbabas dan melanggar penghadang besi di bahagian kanan jalan. 

Dalam masa yang sama, sebuah penunggang motosikal juga terpaksa brek dan sempat mengelak kereta mangsa yang termasuk ke laluannya itu. 






Menurut Nojahwati, jika tiada penghadang besi itu, kereta yang dipandu oleh adiknya bersama dengan rakannya itu mungkin terjunam ke dalam gaung. 

Sehingga kini, pemandu berkenaan masih bebas dan belum dapat dikesan. Netizen mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan.

Sumber: The Reporter


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wyTBlq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.