Hi! Welcome Back and Stay Tune! Orang ramai marah bila wanita ini terpaksa kurung ibunya sebelum pergi kerja namun…. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Orang ramai marah bila wanita ini terpaksa kurung ibunya sebelum pergi kerja namun….

Seorang ibu tunggal, Roshaiza Zakaria, terpaksa ‘mengurung’ ibunya setiap hari sebelum meninggalkan rumah.

 

Orang ramai marah bila wanita ini terpaksa kurung ibunya sebelum pergi kerja namun....

Orang ramai marah bila wanita ini terpaksa kurung ibunya sebelum pergi kerja namun….

 

 

Tindakannya itu mungkin mengundang rasa marah orang ramai yang lalu lalang berdekatan rumahnya, namun Roshaiza, 40, berkata, tindakan itu adalah untuk keselamatan ibunya, yang lumpuh sebelah badan dan nyanyuk.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Derdap, Limbat, di sini, Roshaiza, yang bekerja di sebuah pasar mini, baru saja selesai memakaikan lampin pakai buang kepada ibunya, Eshah Wan Ismail, 81, yang ditempatkan di sebuah ruang yang dikunci dari luar.

“Sudah banyak kali ibu keluar disebabkan pintu tidak dikunci dan pernah nyaris dilanggar lori kerana dia merayau-rayau menyebabkan saya terpaksa mengurung ibu,” katanya ketika ditemui.

Bukan sahaja terpaksa menguruskan ibu, Roshaiza juga menjaga bapanya yang uzur, Zakaria Abdullah, 88 dan dua anaknya, berusia 17 tahun dan 19 tahun yang masih bersekolah serta menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT).

Dengan gaji hanya RM400 sebulan, ditambah wang pencen arwah suami berjumlah RM200 sebulan dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan untuk ayahnya, Roshaiza perlu bijak menguruskan perbelanjaan buat mereka sekeluarga.

Ada ketika, ibunya hanya dipakaikan kain lampin kerana tidak mampu membeli lampin pakai buang.

“Ibu bukan sahaja lumpuh sebelah tubuh dan nyanyuk, tapi juga tidak dapat bercakap sejak diserang angin ahmar kira-kira 10 tahun lalu.

“Sebelum ini, saya pernah membuat kek dan kuih untuk tempahan kecil-kecilan tapi terpaksa berhenti kerana saya sendiri tidak berapa sihat. Saya kerap mengalami pendarahan dalam hidung,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati dan mahu membantu keluarga ini, boleh hubungi Roshaiza di talian 011 21929805.

Sumber: Bharian



Sumber Orang ramai marah bila wanita ini terpaksa kurung ibunya sebelum pergi kerja namun….

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gu0DjL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.