Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video: Lelaki nyaris maut kereta tiba-tiba memotong dari arah bertentangan, pemandu BMW dicari polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video: Lelaki nyaris maut kereta tiba-tiba memotong dari arah bertentangan, pemandu BMW dicari polis

Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbabas ketika cuba mengelak daripada sebuah kereta mewah yang secara tiba-tiba memotong dari arah bertentangan.

 

Video: Lelaki nyaris maut kereta tiba-tiba memotong dari arah bertentangan, pemandu BMW dicari polis

Video: Lelaki nyaris maut kereta tiba-tiba memotong dari arah bertentangan, pemandu BMW dicari polis

 

 

Dalam satu rakaman video berdurasi 1 minit 4 saat, kereta mewah jenis BMW itu dilihat terus memecut laju untuk memotong lori yang berada di hadapannya tanpa menghiraukan kereta mangsa yang semakin hampir.

Akibatnya, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kenari terpaksa mengelak daripada dilanggar sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Selepas terbabas, kelihatan serpihan daripada kereta mangsa tercampak ke tengah jalan.

 

Dalam posting yang dimuat naik Nojahwati Sohani yang juga kakak kepada mangsa, dia mengesahkan adiknya yang hanya dikenali sebagai Daus terselamat tetapi mengalami trauma akibat kemalangan itu.

“Mujur adik Daus MonSterr selamat semalam. Pada kereta berkenaan, awak sangat biadab. Awak buat adik saya seinci dengan kematian,” tulisnya di laman Facebook pada Ahad.

Menurut Nojahwati, kereta yang dinaiki adik bersama rakannya itu nyaris terjunam ke dalam gaung namun penghadang jalan menyelamatkan nyawa mereka.

“Mujur tak masuk gaung sebab berpusing-pusing kereta. Dia selamat pun sebab ada divider,” tulisnya.

As salam.. Mujur adik Daus MonSterr selamat smlm.. Pada kereta berkenaan.. Awak sgt biadap.. Awak buat adik saya seinci dgn kematian.. Tq.. Jadi saya nak viralkan pe yang awak da buat.. Moga kalau awak nampak tadi.. Awak sedar.. Mana undang-undang yg awak pakai.. X guna dapat lesen kalau cmni cara pemanduan awak.. #kesal #bukanSengajaViral #mogajadiIktibar

Posted by Nojahwati Sohaini on 2hb September 2017

Nojahwati berkata dia bertindak memuat naik video tersebut untuk mengesan pemandu tidak bertanggungjawab itu.

“Jadi saya nak viralkan apa yang awak dah buat. Moga kalau awak nampak tadi,  awak sedar. Mana undang-undang yang awak pakai. Tak guna dapat lesen kalau macam ini cara pemanduan awak,” tulisnya.

Difahamkan insiden pada petang Sabtu itu berlaku dekat Jalan Felda Ulu Penggeli Kluang, Johor.

Video tersebut tular di laman sosial dan mendapat 42,000 tontonan.

Rata-rata netizen meminta pihak berkuasa untuk memburu pemandu kereta mewah itu.

@Ajip Rtd berkata:”Buat laporan dan serah bukti rakaman pada pihak polis. Minta pihak polis jalankan siasatan…#kuasaviral.”

@Mat Sam Hamid berkata:”Kalau korang nampak apa nombor plat BMW tu, kasi report.”

@Akmarina AzreeNa berkata:”Semoga pemandu BMW tu dapat dikesan. Betul-betul pentingkan diri. Harap je kereta besar tapi otak kecil.”

Sumber: Mstar

 



Sumber Video: Lelaki nyaris maut kereta tiba-tiba memotong dari arah bertentangan, pemandu BMW dicari polis

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gBFY0N

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.