Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua beranak maut kereta dirempuh lori 12 tan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua beranak maut kereta dirempuh lori 12 tan

KUANTAN: Dua beranak maut dan dua lagi cedera parah selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori 12 tan yang membawa muatan tanah di Kampung Sungai Soi di sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan Md Yusof Husin berkata Tuan Mohd Zulhaizee Tuan Temeran, 38, dan ibunya Kelsom Hamat, 66, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dalam kemalangan kira-kira 4.50 petang itu.

"Bomba mengambil masa selama kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan Tuan Mohd Zulhaizee yang tersepit di bahagian pemandu manakala mayat ibunya yang berada di bahagian penumpang belakang telah dikeluarkan oleh orang awam.

"Dua lagi mangsa iaitu bapa (Tuan Temeran) dan seorang lagi anaknya yang parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Md Yusof berkata kemalangan berlaku apabila lori dari Sungai Soi ke Kuantan terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar kereta Proton Iswara yang dinaiki mangsa.

"Kami juga diberitahu bahawa pemandu lori itu telah menghilangkan diri selepas kemalangan," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Dua beranak maut kereta dirempuh lori 12 tan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hrKlfd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.