Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan perlu pinda perlembagaan bagi perkukuh hak orang kurang upaya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan perlu pinda perlembagaan bagi perkukuh hak orang kurang upaya

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mempertimbang untuk meminda Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan (mengenai kesaksamaan dan kesamarataan di sisi undang-undang) untuk menyebut secara khusus mengenai orang kurang upaya dan larangan diskriminasi ke atas mereka.

Presiden Rumah Amal Cheshire Sarawak, Datuk Seri Ang Lai Soon berkata sudah tiba masanya Parlimen membuat peruntukan dengan segera bagi menguatkuasakan hak orang kurang upaya untuk mendapat pekerjaan, pendidikan dan akses kepada bangunan dan kemudahan awam.

Ang yang juga aktivis sosial terkemuka berkata kerajaan perlu menyediakan remedi atau penalti kerana melanggar peruntukan Akta Orang Kurang Upaya 2008.

"Memandangkan negara terus mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang, dan mungkin tidak lama lagi ia akan menikmati status negara maju, oleh itu, sudah tiba masanya kerajaan menubuhkan Tribunal Hak Asasi Kurang Upaya Nasional.

Tribunal ini akan menyiasat sebarang pelanggaran akta dan mengenakan atau mengesyorkan penalti atau penyelesaian bagi ketidakpatuhan yang nampaknya berlaku setiap hari," katanya semasa berucap pada mesyuarat agung tahunan Rumah berkenaan di Kuching, Sarawak pada Isnin.

Sementara itu, Ang berkata sebahagian besar bangunan lama kerajaan tidak diubah suai bagi menyediakan kemudahan seperti tanjakan, lif, eskalator, kemudahan tandas yang boleh diakses, untuk kegunaan orang kurang upaya.

"Ini penting supaya orang kurang upaya boleh menggunakan dan menikmati semua kemudahan atau untuk mengambil bahagian dalam aktiviti di bangunan awam dan kerajaan seperti orang biasa yang lain," katanya.

Ang berkata pada masa ini hampir semua orang kurang upaya yang menggunakan kerusi roda tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas.

Beliau berkata keadaan ini tidak dapat diterima kerana ramai orang kurang upaya tidak memiliki kereta untuk mengangkut mereka.

"Dalam hubungan ini, saya berharap semua bas baharu yang akan berada di atas jalan raya perlu dilengkapi dengan tanjakan untuk orang kurang upaya. Saya yakin syarikat-syarikat bas juga ingin membuat sumbangan bagi membantu orang kurang upaya," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Kerajaan perlu pinda perlembagaan bagi perkukuh hak orang kurang upaya

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hvrWL4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.