Hi! Welcome Back and Stay Tune! HARAPAN BAKAL MENANG MUDAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HARAPAN BAKAL MENANG MUDAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN

PAKATAN Harapan dijangka tidak akan menghadapi laluan sukar untuk terus menguasai kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada PRU akan datang.

Bagaimanapun, hasil analisis yang dibuat dalam China Press mendapati walaupun pembangkang mampu terus menguasai kerusi parlimen di kawasan ibu kota, namun pertikaian antara Pas dengan Harapan dijangka sedikit sebanyak akan menjejaskan majoriti undi yang bakal diraih oleh calon-calon Harapan.

Kawasan campuran seperti di Bandar Tun Razak, Batu, Wangsa Maju, Segambut malahan Lembah Pantai yang menjadi kawasan majoriti pengundi Melayu dijangka menjadi sasaran Umno untuk menggempur kawasan ini yang menjadi kubu kuat pembangkang selama ini.

 Pada PRU lalu, daripada 11 kerusi parlimen yang dipertandingkan, pembangkang berjaya memenangi sembilan kerusi, masing-masing di Kepong, Cheras, Seputeh, Bukit Bintang, Segambut, Batu, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak. Manakala BN pula hanya memenangi dua kerusi iaitu di Setiawangsa dan Titiwangsa.

 Seperti dalam beberapa kali PRU yang diadakan sebelum ini, isu nasional terus menjadi tumpuan warga kota. Isu seperti kes 1MDB, rasuah, GST, kenaikan kos hidup, jenayah dan sebagainya dijangka terus menjadi senjata utama oleh pembangkang untuk menyerang BN pada PRU akan datang.

– Sinar Harian

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jYbO9b

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.