Hi! Welcome Back and Stay Tune! HARGA DURIAN MELONJAK HASIL JASA NAJIB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HARGA DURIAN MELONJAK HASIL JASA NAJIB

Di sebalik harga sesetengah durian yang mencanak-canak tinggi, rupa-rupanya ia adalah jasa Datuk Seri Najib Razak yang tercetus selepas beliau melihat lambakan raja buah itu di Chow Kit.

Menurut perdana menteri suatu ketika dulu beliau melihat ada durian yang dijual pada harga RM1 sebiji.

Namun katanya hari ini harga durian musang king melebihi RM100 sekilogram selepas Malaysia membuka pasaran baru di China.

“Saya nak beritahu kepada tuan-tuan sekelian, bahawa sayalah yang bertanggungjawab untuk meminta supaya durian dibenarkan dieksport di China

“Apabila saya jumpa pemimpin-pemimpin utama China, saya minta supaya durian diluluskan kemasukannya (ke negara itu). Hari ini (kita) sudah boleh eksport durian ke China.

“Ini telah menyebabkan ramai pengusaha mengeksport, mendapat harga yang lebih tinggi sebanyak lebih RM100 sekilo ke negara China,” katanya semasa berucap di majlis Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan serta Festival Makanan Malaysia di Serdang Selangor hari ini.

Faedah berbaik-baik kuasa besar

Najib antara lain kini dikecam pengkritiknya kerana dasar pelaburan negara yang dilihat begitu terbuka dengan Beijing.

Pembangunan projek Forest City di Johor Bahru serta pembincaan Laluan Kereta Api Pantai Timur yang melibatkan China adalah antara isu yang menjadi ‘peluru’ pembangkang mengkritik Putrajaya.

Kata Najib beliau berjumpa seorang usahawan kecil dan sederhana dalam satu program kelolaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industrian baru-baru ini.

Usahawan itu, katanya, menjelaskan dia tidak mempunyai bekalan yang mencukupi bagi memenuhi permintaan durian di China.

Najib juga menegaskan bahawa kerajaan mesti mempunyai strategi global untuk berjaya.

“Kita tak boleh main di kelilingi kita saja, tak boleh nak jual barang di pasar tani (yang terletak) satu dua kilometer dari rumah kita saja.

“Kita mesti jadikan pasaran dunia, pasaran global ini sebagai pasaran untuk kita semua,” katanya.

Apabila Malaysia menjadi sebahagian daripada rangkaian bekalan global (global supply chain) yang akan menikmati keuntungan ialah petani, penternak dan nelayan.

“Jadi sebab itulah kita buat hubungan baik dengan kuasa-kuasa ekonomi besar di dunia.

“Itu manfaat yang kita boleh terima, selain kebaikan-kebaikan lain,” katanya.

Daripada RM1.57 juta nilai eksport dunia ke China pada 2012, Najib berkata, jumlah itu melonjak kepada RM18.02 juta tahun lalu.

Dengan sasaran eksport pelbagai produk bernilai RM23.4 juta tahun ini, Malaysia berharap nilai itu mencapai RM92.5 juta menjelang 2020.

Di akhir ucapannya perdana menteri kemudian mengumumkan bantuan bernilai RM7 juta kepada kira-kira sejuta petani, penternak dan nelayan di seluruh negara.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ftqKr2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.