Hi! Welcome Back and Stay Tune! PELUANG NGO BERDIALOG BERSAMA PRESIDEN PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PELUANG NGO BERDIALOG BERSAMA PRESIDEN PAS

MARANG – Kongres Rakyat Terengganu (KRT) meminta ahli dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara untuk bersama dalam himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus pada 29 dan 30 September ini.

Antara pengisian menarik adalah majlis dialog NGO bersama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dengan peranan setiap NGO.

Pengerusi KRT, Yahaya Ali berkata, KRT adalah sebuah badan NGO menjadi badan induk kepada banyak NGO yang bernaung di bawahnya di dalam negeri Terengganu.

Menurutnya, perhimpunan aman itu penting sebagai himpunan kesatuan umat Islam yang ingin melihat perubahan kepimpinan masyarakat yang lebih baik.
 “Walaupun NGO bukan pertubuhan politik atau ‘non partisan’ tetapi mereka tentu mengharapkan perjuangan NGO masing-masing mendapat sokongan dari kepimpinan yang lebih baik yang boleh mencapai objektif mereka selepas PRU14 nanti.

“NGO tidak boleh hanya menjadi golongan pemerhati sahaja dalam suasana terlalu banyak isu yang mengancam kepentingan ummah sekarang ini.

“Apa yang penting, jika umat Islam mahu masa depan mereka lebih terjamin, mereka perlu bersama dan memainkan peranan dalam gerakan blok ketiga iaitu ‘Gagasan Sejahtera’ dipimpin Pas,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sehubungan itu, bersempena dengan himpunan Fastaqim 2.0, satu persidangan meja bulat NGO seluruh negara akan diadakan pada sebelah petang 29 September 2017 di sebuah resort di Kuala Nerus kelak.

Beliau berkata, pada sebelah malamnya turut diadakan majlis dialog NGO dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dengan peranan setiap NGO.

“Justeru, selaku orang yang diamanahkan, saya amat berharap ia akan menjadi momentum NGO bagi mengubah landskap politik negara menjelang PRU14 akan datang,” katanya.

– Sinar Harian

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fsEMJd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.