Hi! Welcome Back and Stay Tune! JANGAN SESUKA HATI ARAH KWSP, KHAZANAH MELABUR DI AS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JANGAN SESUKA HATI ARAH KWSP, KHAZANAH MELABUR DI AS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak sepatutnya “mengarahkan” Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional untuk melabur di Amerika Syarikat, kata Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH) Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata kedua-dua badan milik negara itu diuruskan secara profesional, dan kerajaan tidak boleh campur tangan dalam urusannya.

“Pelabur adalah ‘penakut’. Mereka hanya akan melabur jika mendapat pulangan. Tetapi kini Najib mahu ambil kesempatan dan berkata sesuatu yang tidak sepatutnya, kerana KWSP dan Khazanah adalah pelabur profesional.

“Mereka tidak boleh diarahkan Najib untuk membuat pelaburan pembangunan jika tidak memberikan pulangan bagus kepda Malaysia,” katanya pada sidang media Pakatan Harapan (HARAPAN) di Petaling Jaya hari ini.

Dalam kenyataannya sebaik bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Rumah Putih dua hari lalu, Najib berkata Khazanah akan meningkatkan pelaburan di Amerika Syarikat manakala KWSP akan menggandakannya.

Pengumuman itu menarik perhatian ramai dan KWSP dalam kenyataannya semalam berkata mereka membuat penilaian yang ketat sebelum membuat apa-apa pelaburan.

Sementara itu Pengarah Strategi PKR SIm Tze Tzin mengingatkan yang sekarang bukan masa terbaik untuk membuat pelaburan di sana, memandangkan trend peningkatan pasaran saham AS sejak sembilan tahun lalu.

Mengakui KWSP adalah badan dana yang diuruskan dengan baik, beliau bagaimanapun berharap mereka akan membuat penilaian terperinci sebelum melabur dan tidak tunduk begitu sahaja terhadap arahan Najib.

“Ini adalah peningkatan terbesar dalam sejarah Bursa Saham New York. Maka jika anda ingin melabur, anda membuatnya ketika (nilainya) rendah dan menjualnya di saat ia tinggi…keuntungan yang anda akan dapat mungkin tidak sebaik ketika selepas krisis subprima pada 2008 dan 2009.

“Ramai rakyat menyuarakan kebimbangan. Jika ada apa-apa berlaku atau ada ‘pembetulan’ di pasaran saham, wang persaraan mereka akan terancam,” katanya.

“Pembetulan” pada pasaran saham adalah tindakan pengubahsuaian, biasanya melibatkan penurunan harga secara sementara yang mengganggu trend peningkatan dalam pasaran.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h42ks7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.