Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerjaya Malap, Sharnaaz Ahmad Tiada Tawaran Berlakon..Last Berlakon Tahun Lepas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerjaya Malap, Sharnaaz Ahmad Tiada Tawaran Berlakon..Last Berlakon Tahun Lepas

Kerjaya Malap, Sharnaaz Ahmad Tiada Tawaran Berlakon



Pelakon popular Sharnaaz Ahmad akui berasa pelik apabila kurang menerima tawaran berlakon sejak akhir-akhir ini.

Sharnaaz yang telah berkahwin dengan kakak Neelofa, mengatakan, kali terakhir dia menjalani penggambaran ialah melalui drama Awak Sangat Nakal berganding dengan Ayda Jebat tahun lalu.

Ini komen Sharnaaz:

"Saya pelik tiada tawaran lakonan buat saya. Kalau ada pun, drama episod yang panjang. Saya terpaksa tolak kerana tidak mampu memberi komitmen berbulan-bulan.

"Bukan apa, bakat baharu, tidak kisahlah, sekurang-kurangnya mereka boleh mendapat pendapatan tetap,"


Pada mulanya Sharnaaz berhasrat untuk menerbitkan drama sendiri tetapi dia mendakwa mainan 'politik' dalam industri hiburan menyebabkan hasrat itu dilupakan.

Ini pendedahan Sharnaaz:

"Memang perkara ini (dakwaan 'politik' dalam industri seni) tampak kecil kerana mana-mana industri pun ada masalah ini. Mengapa tidak, asyik produksi sama saja yang mendapat projek.

"Jadi saya berfikir dua kali untuk menerbitkan drama. Namun, itulah, saya tidak boleh menyalahkan mereka kerana itu rezeki mereka,"


Setelah kurang mendapat tawaran berlakon, Sharnaaz tetap mempunyai rezeki lain iaitu dalam bidang perniagaan.

Ini katanya:

"Mungkin daripada segi lakonan tiada tawaran, namun Allah buka rezeki untuk saya meneroka bidang perniagaan. Alhamdulillah, saya terbabit dalam kegiatan pembinaan, pembersihan dan perdagangan.

"Saya tidak boleh mengharapkan pendapatan daripada lakonan kerana perlu memikirkan masa depan keluarga,"


Tentang perkahwinannya, Sharnaaz kini berasa amat bahagia.

Ini komen Sharnaaz:

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kehidupan sekarang, apatah lagi sentiasa berada di samping isteri membuat saya cukup bahagia.

"Saya kuat makan sekarang. Itu yang membuatkan saya berisi," 


Sumber: BH.

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iREeRL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.