Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes tipu: Pemilik butik ditahan semula selepas bebas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes tipu: Pemilik butik ditahan semula selepas bebas

 | September 2, 2017
Ketua polis daerah Shah Alam berkata, wanita itu ditahan kira-kira 2 petang semalam, selepas pihaknya menerima 4 laporan polis berhubung dakwaan menipu melibatkan kerugian kira-kira RM20,000.
Shafien-Mamat-perancang-perkahwinan
SHAH ALAM: Pemilik butik perancang perkahwinan yang sebelum ini direman 2 hari bermula Khamis lalu di Klang, ditahan semula petang semalam bagi membantu siasatan terhadap 4 lagi laporan baharu yang dibuat ke atasnya di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, wanita berusia 35 tahun itu ditahan kira-kira 2 petang semalam, sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan reman oleh Jabatan Siasatan Jenayah IPD Shah Alam, selepas pihaknya menerima 4 laporan polis berhubung dakwaan menipu yang dikaitkan dengan suspek, melibatkan kerugian kira-kira RM20,000.

“Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis pada 8 malam hari sama selepas selesai siasatan, pasport antarabangsanya turut ditahan sebagai langkah mengelakkan dia melarikan diri ke luar negara,” katanya pada Majlis Korban sempena Hari Raya Aidiladha hari ini.

Shafien berkata, siasatan awal mendapati kebanyakan laporan polis ke atas pemilik butik perkahwinan itu dibuat bakal pengantin yang membayar deposit kerana khuatir dengan perkhidmatan diberikan.

Ini berikutan tularnya video yang menunjukkan pejabat butik berkenaan diserbu pengantin yang tidak berpuas hati dengan khidmat diberikan. FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gtxC7Q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.