Khairy kata 'Azmin cetek soal pelaburan'. Ye ke ?
Khairy berkata sudah tiba masanya pembangkang mengamalkan politik berteraskan idea dan intelek, bukannya mengejar populariti dengan retorik dan kebencian.
KUALA LUMPUR: Pemuda Umno berkata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cetek ilmu pelaburan apabila mendakwa Malaysia menghantar wang rakyat ke luar negara susulan perjanjian berbilion dolar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa lawatannya ke Amerika Syarikat (AS).
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata sudah tiba masanya pembangkang mengamalkan politik berteraskan idea dan intelek, bukannya mengejar populariti dengan retorik dan kebencian.
“Pelaburan Malaysia ke AS atau mana-mana negara berekonomi besar adalah untuk kebaikan rakyat dan negara.
“Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah lama membuktikan kita mampu melangkaui politik murahan dan terus berkhidmat kepada rakyat melalui kestabilan polisi ekonomi dan hubungan diplomatik yang utuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menteri belia & sukan itu berkata, sebagai negara yang mengamalkan konsep ekonomi terbuka, Malaysia menerima dan membuat pelaburan dengan negara luar.
Beliau berkata, pada 2016 Malaysia menerima pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM47.2 bilion yang menunjukkan peningkatan sebanyak 20% berbanding 2015.
Bagi separuh pertama 2017, Malaysia mencatat aliran masuk bersih (FDI) bernilai RM25.3 bilion ke dalam pelbagai sektor terutamanya sektor perkhidmatan, pembuatan dan perlombongan.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eX2pcL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment